Kepada mereka yang hendak membeli rumah pertama mereka, sudah semestinya masih kabur tentang cara-cara untuk beli rumah pertama mereka. Maklumlah, pembelian rumah bukanlah sesuatu yang yang boleh dilakukan dalam kehidupan seharian. Bagi sesetengah individu, mungkin sekali sahaja dalam seumur hidup.
Dek kerana kurang pengalaman, maka kebanyakan orang kurang arif tentang proses pemeblien rumah dan bagaimana untuk membuat pinjaman perumahan yang berjaya dari pihak bank. Sebaliknya, lain cerita kepada mereka yang yang sudah mempunyai pengalaman dalam bidang hartanh seperti pelabur hartanah.
Dari cara kira loan rumah kepada cara membeli rumah kedua atau ketiga, ini tidak mendatangkan masalah yang besar kepada mereka yang arif. Dari segi ilmu pengetahuan dan pengalaman yang luas tentang hartanah, sudah pastinya mereka ada strategi pelaburan hartanah yang tersendiri.
Bagi orang yang biasa atau maish baru berjinak dalam bidang hartanah, pembelian rumah mungkin merupakan pembelian paling penting dan besar dalam hidup mereka.
Tetapi, sekali mereka tersilap langkah dalam pembelian rumah, maka ia boleh bertukar menjadi mimpi ngeri. Daripada kegagalan untuk mebuat pinjaman peribadi penuh, ditipu pemaju, rumah tidal memenuhi spesifikasi yang diingini, semua ini juga merupakan fakto-faktor yang sering ditakuti kepada pembeli rumah.
Oleh itu, amat penting untuk setiap individu yang ingin melabur dalam bidang hartanah tahu tentang perkara-perkara yang perlu dititik beratkan dalam proses membeli rumah. Dari cara pembelian rumah dengan meggunakan pinjaman islamik ke kontrak perumahan haruslah diketahui dengan semasak-masak nya agar tidak dihantui mimpi ngeri.
Jika anda merupakan salah seorang yang baru hendak memiliki rumah sendiri, di disi berkongsi cara dan tips beli rumah pertama yang boleh membantu anda kelak.
Panduan Asas Cara Beli Rumah Pertama
Secara asasnya, terdpat beberapa perkara yang perlu dilakukan agar proses pembelian rumah anda menerpati apa yang anda inngin capaikan.
1. Kemampuan Kewangan
Seperti anda ketahui, kemampuan kewangan merupakan asas paling penting dalam proses pembelian rumah. Hendak mebeli rumah bukannya murah dan mudah sepreti yang disajikan, lebih-lebih lagi pada masa sekarang yang mana harga rumah boleh melonjak naik terutama di bandar-bandar utama.
Apabila membeli rumah, banyak kos-kos yang terlibat seperti bayaran tempahan, cara kira kalkulator loan rumah, yuran guaman, duti setem dan kos dokumentasi. Layari laman web Mega 3 Housing untuk maklumat lebih lanjut.
Pendek kata, sebelum beli rumah, kenalah buat kira-kira tentang kemampuan kewangan anda sendiri dahulu untuk menanggung semua kos ini.
2. Ciri-Ciri Rumah
Hendak membeli rumah? Maka kenalah cari rumah yang nak dibeli tersebut. Ada yang syorkan untuk memhon skim rumah mampu milik sebagai rumah pertama, ada yang membeli rumah untuk tujuan melabur.
Tapi, apa yang pasti adalah rumah yang anda hendak beli tersebut memenuhi spesifikasi yang anda idamkan dan objektif yang anda ingini. Selain itu, spesifikasi rumah untuk didiami sendiri adalah sedikit berbeza dengan spesifikasi rumah untuk dijadikan aset pelaburan.
Maka, kenal pastilah tujuan anda dahulu sebelum beli rumah. Seterusnya, anda juga dapat melawat ke ekspo-ekspo hartanah atau bertanya kepada syarikat-syarikat pemaju perumahan sama ada mereka mempunyai projek perumahan yang sesuai untuk anda.
Anda juga dapat mengetahu lebih lanjut tentang perumahan melalui pencarian di laman web seperti iProperty, Mudah dan PropertyGuru. Atau pun, anda boleh merujuk kepada ejen-ejen hartanah yang berdaftar atau orang perseorangan yang nak jual rumah.
3. Pembiayaan Pinjaman Perumahan
Oleh kerana kebayakkan harga rumah zaman kini adalah harga mampu tengok, maka agak mustahilah untuk seseorang beli rumah secara tunai. Ada yang dinasihatkan menggunakan wang simpan ataupun menggunakan KWSP untuk beli rumah sebagai salah satu cara untuk membiayai pinjaman rumah. Tekan sini untuk maklumat lebih lanjut.
Oleh itu, kemudahan pembiayaan pinjaman perumhan menjadi keperluan bagi mereka yang nak dapatkan rumah impian. Tetapi, pembiaya-pembiaya seperti pihak bank pula ada mengenakan syarat-syarat dan terma-terma yang tersendiri dalam meluluskan permohonan pembiayaan pinjaman perumahan.
Antara kriteria yang mereka akanlihat adalah jumalh pendpatan pemohon, komitmen kewangan lain, jenis rumah dan rekod bayaran kredit pemohon. Sebab itu, dalam setiap fasa pembelian rumah pertama anda, amatlan penting untuk menilai kelayakkan pembiayaan pinjaman perumahan anda.